Annurkb’s Blog

PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN-NUR

Posted on: December 14, 2008

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Cetusan ilham mewujudkan Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur ,lahir dari Al FAdhil ,YBRs Ustaz Haji Yahaya Othman selaku penasihat Jemaah Pengurusan An Nur.

Namun, perancangan bagi menubuhkan Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur mengambil proses yang agak lama. Pelbagai faktor diperhalusi sebelum cita-cita ini direalisasikan. Pihak Jemaah Pengurusan dibawah pentadbiran Tn Hj Nordin Adam, telah mengambil langkah proaktif untuk menjayakan penubuhan ini pada Feb 2008.

Modal kerja merupakan salah satu masalah sampingan didalam menjayakan hasrat Maahad Tahfiz. Antara pertimbangan utama penubuhan ialah faktor pemilihan kurikulum. Setelah menjalankan kajian secara terperinci, didapati sistem tahfiz yang wujud di Kelantan secara amnya memberi impak yang berbeza.

Setelah diteliti,antara sistem tahfiz yang sistematik dan diiktiraf ialah ,sistem Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong menjadi pilihan.Oleh itu, Maahad Tahfiz wal Qiraat An-Nur telah mengambil langkah proaktif untuk menggunakan kurikulum dan pendekatan yang digunakan oleh Maahad Tahfiz Pulai Chondong.

Melalui sistem ini, pelajar yang habis menduduki peperiksaan STAM pula boleh memilih mana-mana institut pengajian di Timur Tengah, seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Madinah, Jordan dan lain-lain. Pelajar yang menduduki peperiksaan STTQ pula berpeluang untuk menyambung pengajian secara terus dalam bidang Quran & Qiraat di Universiti Al-Azhar Cawangan Shoubra, Mesir.

ABSTRAK

MAAHAD TAHFIZ WAL-QIRAAT NUR, merupakan sebuah sekolah agama / arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Qur’an Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik.

Visi penubuhan maahad ini ialah untuk melahirkan para huffaz yang mahir isi kandungan Al-Qur’an, berilmu, beramal dan bertaqwa, serta juga efisyen tentang isi kandungan Al-Qur’an serta dapat merialisasikannya dalam masyarakat.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Untuk menyediakan kemudahan mengkaji Al-Qur’an dan mempelajari Ulum Al-Qur’an.

2. Untuk menghidupkan kembali Ulum Al-Qur’an dan mendekatkan Ulum Al-Qur’an dengan masyarakat.

3. Untuk melahirkan ulama hafiz yang:-

- Mampu memahami isi kandungan Al-Qur’an dan menjadi rujukan masyarakat.

- Memelihara isi kandungan Al-Qur’an dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan.

 - Mempunyai ilmu pengetahuan, beramal soleh, bertaqwa kepada Allah Ta’ala dan berakhlak mulia.

PENTADBIRAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR

Pada masa kini, pentadbiran Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur, dibawah pengawasan Tn Hj Nordin Adam dan beberapa ahli Jemaah Pengurus yang dilantik, termasuk Al Fadhil Ustaz Mansor Hj Daud, iaitu seorang tokoh yang membangunkan Maahad Tahfiz Wal Qiraat Pulai Chondong.

Bagi melicinkan pentadbiran, seorang koordinator telah dipertanggunjawab bagi mengelolakan Maahad ini bersama-sama tenaga pengajar yang lain.

Pihak pentadbir, bukan sahaja sebagai pengelola, namun juga membuat perancangan strategik untuk membangunkan pusat tahfiz ini.

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan, generasi huffaz disini mampu berdaya saing dengan teknologi yang wujud pada hari ini.

Oleh itu, walaupun hafazan komponen utama maahad ini, para pelajar turut didedahkan dengan ICT dan kemahiran –kemahiran yang lain.

Pada pertengahan bulan Mac yang lalu, system internet tanpa wayar telah berjaya di wujudkan .Ini merupakan satu kejayaan, kerana aplikasi ini adalah antara yang pertama di Maahad Tahfiz di Kelantan.

KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN –NUR
Pengambilan pelajar Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-nur pada sesi Feb 2008 berjumlah 10 orang pelajar sahaja. Masalah modal kerja adalah antara masalah yang tidak dapat dinafikan bagi mengendalikan maahad ini..

Kutipan yuran pelajar pada tahun ini tidak dapat menampung kos-kos pengurusan dan kos –kos rutin seperti makanan dan sebagainya.

Pada masa kini, pihak pentadbiran bertungkus –lumus bagi mengumpul dana bagi menjayakan Maahad ini. Alhamdulilah, setakat ini, banyak bantuan yang diterima dari masa ke masa.

Di samping itu, pihak Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur telah menetapkan kod etika pemakaian, senarai keperluan asrama para pelajar adalah seperti di bawah:-

KOD PEMAKAIAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR

1.JUBAH PUTIH / SERBAN

2.KEMEJA PUTIH / SLACK HITAM / KASUT HITAM

3.PAKAIAN SUKAN/KASUT SUKAN

SENARAI KEPERLUAN ASRAMA

1.KAIN CADAR-BIRU

2.BANTAL/ SELIMUT/PENYANGKUT PAKAIAN

3.PERALATAN MANDIAN

5.SELIPAR

YURAN PENGAJIAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR

SESI 2008/2009

TINGKATAN 1

1. BAYARAN PENDAFTARAN RM 50.00

2. TAHUNAN RM 100.00

3. WANG HEMAT DIRI ASRAMA RM 20.00

4. BUKU TEKS YAYASAN ISLAM RM 50.00

5. BUKU TEKS AL-AZHAR RM 35.00

6. MAKMAL KOMPUTER RM 15.00

7. BUKU TEKS DBP RM 57.80

8. KO-KURIKULUM RM 25.00

9. TAKAFUL RM 5.00

10 .ID PELAJAR RM 20.00

11. YURAN BULANAN RM 300.00

12. DOBI # RM 50.00

13. TAE KWAN DO # RM 35.00

RM 762.80

# PILIHAN

YURAN PENGAJIAN MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN NUR

SESI 2008/2009

TINGKATAN 2

1. TAHUNAN RM 100.00

2. WANG HEMAT DIRI ASRAMA RM 50.00

3. BUKU TEKS DBP RM 70.00

4. BUKU REKS YIK RM 50.00

5. KO-KURIKULUM RM 25.00

6. TAKAFUL RM 5.00

7. ID PELAJAR RM 20.00

8. YURAN BULANAN RM 300.00

9. DOBI # RM 50.00

10. TAE KWAN DO # RM 35.00

RM 705.00

# PILIHAN

Oleh yang demikian, bagi para pelajar yang telah mendaftar di Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur mereka semua akan menjalani Minggu Orientasi @ Ta’aruf ( Suaikenal ) yang mana ianya akan diadakan pada hari 20 Disember 2008 iaitu bersamaan hari Sabtu.

Bagi maklumat lanjut mengenai Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur :-

Sila hubungi : Wan Mohd Ameenul Rahman Nordin

Koordinator Maahad Tahfiz Wal Qiraat An-Nur.

No. Tel : 019-3591053

Fax : 09-7442539

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

December 2008
M T W T F S S
     
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Categories

Recent Comments

There are no public comments available to display.

Blog Stats

  • 15,460 hits
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: