Annurkb’s Blog

Pengenalan dan Borang Pendaftaran Pelajar

Posted on: December 15, 2008

PERATURAN – PERATURAN DAN UNDANG – UNDANG AM SEKOLAH RENDAH ISLAM AN-NUR

KOTA BHARU , KELANTAN

1. Buku Persediaan Mengajar Guru ( BPMG )

Para guru mestilah mempunyai sukatan pelajaran dan rancangan kerja pada awal tahun . Rancangan pelajaran harian hendaklah ditulis terlebih awal dan catatan dalam dakwat merah ditulis jika sesuatu pelajaran tidak dapat dijalankan atau disudahkan sebagaimana yang telah dirancang . Buku persediaan mengajar hendaklah diletakkan di kaunter pejabat sekolah pada setiap hari Khamis setiap minggu sebelum jam 11.30 pagi untuk diperiksa oleh Guru Besar .

2. Dasar Sekolah

Guru-guru tidak patut berbincang mengenai dasar sekolah atau mengenai guru lain dengan murid-murid dan juga orang yang tidak berkenaan .

3. Kehadiran Guru ke Sekolah / Pulang

Semua guru mestilah hadir menepati masa iaitu berada disekolah sebelum jam 7.35 pagi atau lebih awal jika diminta menjalankan tugas-tugas khas . Buku kedatangan hendaklah ditandatangani oleh guru sebelum jam 7.40 pagi . Jika guru tidak menandatangani kedatangannya , guru berkenaan dianggap tidak hadir .

4. Tidak Hadir

Jika seseorang guru tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas disebabkan sakit , beliau hendaklah melaporkan perkara ini kepada Guru Besar melalui telefon atau orang lain dengan seberapa segera yang boleh . Surat akuan doktor hendaklah menyusul selewat-lewatnya sehari kemudian .

5. Meninggalkan Sekolah Ketika Sesi Pembelajaran

Guru dibenarkan berbuat demikian hanya dengan kebenaran Guru Besar atau pihak pentadbir dan catat butirannya didalam buku rekod keluar guru-guru .

6. Jadual Waktu

Guru-guru mestilah mengikut jadual waktu sekolah setepat-tepatnya . Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran masa mengajar di antara mereka dan pembatalan mana-mana matapelajaran tanpa kebenaran Guru Besar . Jika mereka terpaksa meninggalkan bilik darjah kerana sesuatu urusan baik , mereka hendaklah memberi kerja bertulis kepada murid-murid. Mereka harus bertanggungjawab jika ada sebarang kejadian buruk pada masa ketiadaannya ( mesti mendapat Guru Besar ) .

7. Menghisap Rokok

Menghisap rokok di kawasan sekolah adalah diharamkan.

8. Buku Naskhah Guru

Sekiranya guru hendak meninggalkan perkhidmatannya disekolah ini / berhenti mengajar mata pelajaran / akhir tahun , Buku Naskhah Guru hendaklah diserahkan kepada Guru Besar .

9. Menjual Buku

Guru-guru tidak dibenarkan mencetak buku-buku dan menjualnya kepada murid-murid tanpa kebenaran Guru Besar .

10. Duduk di atas Meja

Guru-guru tidak dibenarkan duduk di atas meja semasa mengajar .

11. Pemulauan / Boikot

Guru-guru tidak dibenarkan memulaukan mana-mana kelas / pelajar tanpa kebenaran Guru Besar .

12. Hukuman

Guru-guru boleh mengenakan hukuman yang bijaksana dan berbentuk pengajaran . Guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman dera tanpa kebenaran Guru Besar .

13. Minuman Ringan

Guru-guru diminta supaya jangan memesan minuman atau makanan dari kantin untuk dimakan / diminum didalam bilik darjah atau bilik guru .

14. Membuat Kerja-kerja Khas

Menaip nota-nota atau kerja-kerja khas untuk murid-murid dan sekolah patutlah dilakukan hanya dalam masa tidak mengajar ( free period )

15. Kehadiran Murid

Sebelum memulakan pengajaran guru mestilah menentukan bahawa murid-murid yang hadir pada hari itu berada dalam kelas .

16. SOLAT Berjemaah

Bersesuaian dengan guru sebagai model kepada pelajar , guru-guru diminta memberi kerjasama untuk sholat secara berjamaah dengan pelajar sekiranya diarahkan berbuat demikian .

17. Pakaian

Pakaian guru-guru termasuk rambut hendaklah kemas dan bersesuaian supaya menjadi contoh teladan kepada murid-murid . Guru lelaki digalakkan memakai Baju Melayu atau Jubah dan berkopiah putih atau baju berlengan pangjang yang bersesuaian . Bagi guru perempuan dimestikan memakai telekung bulat yang melepasi aras bahu dan dada / berjubah atau baju Kurung yang bersesuaian agar menjadi contoh kepada pelajar

18. Wang tunai

Guru-guru tidak boleh menggunakan wang yang dikutip dari murid-murid untuk keperluan sendiri walaupun buat sementara.

19. Resit Rasmi

Resit Rasmi hendaklah diambil dari pembantu tadbir atau bendahari sekolah sebaik sahaja sesuatu bayaran dilakukan kepadanya .

20. Murid Sakit

Jika seorang murid sakit atau kemalangan semasa persekolahan , perkara ini hendaklah dilaporkan kepada pengetua / pentadbir dengan segera.

21. Ujian Topik dan Dwibulanan

Ujian-ujian Topik dan Dwibulanan hendaklah sentiasa diadakan dan markahnya hendaklah ditulis didalam buku persediaan mengajar guru.

22. Sokongan Moral

Guru-guru diminta memberi sokongan moral kepada mana-mana guru yang cuba menyelesaikan masalah disiplin / akademi pelajar .

23. Bilik Guru

Bilik guru sentiasa bersih dan teratur . Perjumpaan dengan murid-murid tidak digalakkan didalam bilik guru kecuali terdesak.

24. Bilik Darjah

a ) Sebelum memulakan pengajaran, tentukan dahulu bilik darjah

sentiasa dalam keadaan bersih dimana meja-meja serta kerusi

murid disusun secara barisan lurus dengan dinding bilik darjah.

b) Pintu bilik hendaklah dikunci selepas waktu belajar . Lampu dan

kipas ditutup selepas tamat persekolahan harian ( biasanya guru

matapelajaran akhir )

25. Pelawat-pelawat

Jika ibu bapa atau pelawat ingin berjumpa dengan murid-murid atau guru-guru , hendaklah guru-guru menasihatkan mereka agar terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar . ( Dikecualikan kepada ibu bapa yang amat mengenali guru tersebut ).

26. Upacara Rasmi Sekolah

Semua guru diwajibkan hadir pada setiap kali upacara dan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah .

27. Pembelian

Sebarang pembelian peralatan / bahan / alat Bantu mengajar hendaklah dibuat dengan kebenaran Guru Besar / Pengerusi sekolah . Semua bil-bil pembelian mestilah diserahkan kepada pejabat sekolah dengan kadar segera.

28. Makan / Minum Waktu Persekolahan

a ) Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk keluar

makan / minum pada waktu persekolahan ( kecuali masalah

tertentu ) . Gunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh

pihak kantin.

b ) Gunakan tempoh masa makan / minum dengan kadar yang

sewajarnya “ Waktu Free Period ” sahaja dan tidak terlalu lama .

Elakkan dari berbual kosong dan bising dikantin sekolah.

29. Elektrik / Air ( Sekolah dan Asrama Jika Ada )

a ) Semua guru/ kakitangan diminta memberi kerjasama ke arah

menjimatkan penggunaan elektrik dan air . Guru digalakkan

sentiasa memberitahu atau mengingatkan murid supaya menjimat-

kan penggunaan elektrik dan air . Pembaziran mesti dielakkan !!

b ) Sebelum meninggalkan bilik darjah pastikan semua suis , kipas dan

tingkap ditutup .

30. Perhubungan Sesama Guru

Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka . Juga dapat mewujudkan semangat ukhuwwah Islamiyyah .

31. Kebersihan

a ) Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah .

Jadual giliran bertugas hendaklah disediakan oleh guru darjah.

b) Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru ,

staff sokongan dan pelajar .

32. Telefon

Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja . Guru hendaklah menggunakan telefon sendiri atau awam atas urusan peribadi .

33. Kunci

Semua kunci mesti disimpan dipejabat / pihak pentadbir / sesiapa yang dipercayai.

34. Mesyuarat Guru

a ) Dari semasa ke semasa Guru Besar / Pentadbir boleh memanggil

mesyuarat guru . Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah

diwajibkan .

b) Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru

Besar / Pentadbir .

35. Peraturan Bersifat Umum

a ) Tingkah laku secara umum bukan sahaja disekolah bahkan diluar

sekolah patut menjadi contoh teladan kepada murid-murid

b ) Sikap pilih kasih tidak patut diamalkan keran akan menimbulkan

masalah .

c ) Guru-guru janganlah teragak-agak untuk membuat perbincangan

tentang masalah-masalah sekolah dengan pihak pentadbir .

d ) Hindarkan diri daripada sifat dan sikap dengki terhadap guru yang

memberi pandangan yang membina .

e ) Jangan mempersenda / memperlekeh tugas rakan sekerja.

PERANAN GURU

a ) Untuk mencelikkan bukan membuta . Paling asas guru mengajar amalan

fardhu ‘ain dan 3M ( membaca , menulis, mengira )

b ) Untuk menghidupkan dan bukan mematikan

– aktiviti bilik darjah mestilah hidup . Murid-murid akan diajar dengan

sikap membina .

c ) Untuk membina bukan memusnah

– murid diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan

Agama dan Negara .

d ) Untuk menggalakkan bukan menyesatkan

– Guru patut menanam rasa cinta dan bukan benci .

e ) Sebagai guru apabila kita melihat keadaan kabur dan tidak teratur , kita

sepatutnya mengambil tindakan dengan menanam benih-benih cinta

bukannya benci . Ini kerana :

* Benci ————– Meruntuh

* Cinta ————– Membina

Kita mesti bezakan peranan sebagai guru dengan peranan sebagai individu . Peranan individu tidak boleh mengatasi peranan profesyen .

Peranan Kita / Peranan Guru

a . Menjadikan warga S.R.I An-Nur yang bersatu-padu bukan berkelahi atau bersengketa sesama sendiri .( Dalam kehidupan berorganisasi kami akan bertindak secara bekerjasama , sokong –

menyokong antara satu dengan yang lain akan bersikap professional serta berperi –

kemanusiaan )

b. Mahu keredhaan , keamanan dan keadilan .

c. Mahu menjadi masyarakat penyayang , bermoral dan beriman .

( Dalam berinteraksi dengan insan lain , kami akan bersopan santun dan beradab

mulia antara satu sama lain .

d. Mahu keselesaan dan kepuasan . Ini terjadi apabila produk yang dilhairkan berjaya dari

segi akhlak dan akademik .

e. Hidupkan dan sesuaikan budaya cemerlang bukan budaya malas dan salah-menyalah.

f. Sesuaikan sikap kreatif dan inovatif di kalangan murid .

TUGAS GURU MATAPELAJARAN

Senarai Tugas

1. Memiliki , memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian matapelajaran yang diajar .

2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan matapelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai , iaitu dari segi pengetahuan , kebolehan dan kemahiran yang boleh dicapai pada akhir tiap penggal bagi setiap kelas .

3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang sentiasa dikemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan .

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi matapelajaran yang diajar untuk tempoh setahun / sepenggal / seminggu / harian dan melaksanakan pelajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan .

5. Menyedia dan emberikan kerja-kerja latihan yang cukup , memeriksa buku latiha pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin . Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua / wakilnya pada masa yang dikehendaki .

6. Menjalankan Ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar .

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan .

8. Menjadi ahli dalam panitia matapelajaran , menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia .

9. Guru matapelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Yayasan Islam Kelantan atau rancangan mengajar yang ditetapkan .

10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai matapelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar matapelajaran yang sama .

11. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi matapelajaran berkenaan bagi meninkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran .

12. Mengadakan sudut-sudut matapelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang di ajar.

13. Menjaga keselamatan dan kebersihan Alat-alat Bantu Mengajar yang digunakan. Bertanggungjawab dalam menambahkan Alat Bantu Mengajar agar pelajar mudah faham.

14. Membantu menguruskan Bank Soalan .

TUGAS GURU KELAS / DARJAH

1 . Senarai Tugas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdirir daripada Ketua Darjah , Penolong Ketua Darjah , AJK Kebersihan dan Keceriaan ; memastikan guru / Ketua Darjah mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam , menyapu lantai , mengelap tingkap , menyusun kerusi meja dan membuang sampah . Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papa hitam / papan maklumat dari semasa ke semasa . Jika perlu , sediakan langsir dan bunga hiasan .

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada didalam kelas ;

a . Jadual Waktu

b. Jadual Bertugas

c. Motto Kelas

d. Alatan pembersihan seperti penyapu , bakul sampah dan pengaut sampah .

1.3 Menentukan dawai elektrik , kipas angina dan lampu dalam keadaan baik dan selamat .

1.4 Melaporkan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan .

1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas .

1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar . Tabung ini adalah bagi tujuan berikut : –

a. Keceriaan kelas

b. Kebajikan pelajar

2 . Jadual Kedatangan Pelajar

2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat .

2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada didalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis .

2.3 Memastikan data terkini pelajar didalam kelas.

3 . Laporan Pelajaran , Sijil Berhenti , Surat Akuan dan (kad 001-jika perlu)

3.1 Memastikan setiap pelajar mempunai kad kemajuan pelajar .

3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik , kokurikulum dan.

fizikal ( jika ada ) didalam kad kemajuan pelajar bagi setiap penggal

3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa .

3.4 Menyediakan dan mengisi :

a. “ Mark Sheet ” bagi setiap peperiksaan sekolah

b. Sijil Berhenti dan Surat Akuan bagi pelajar yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah atau berhenti .

4 . Masalah Pembelajaran , Kesihatan Diri dan Disiplin

4.1 Memberi galakan , motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap agama / akhlak / akademik .

4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akhlak / akademik dan memberikan hadiah ( jika perlu ) .

4.3 Sentiasa perihatin terhadap semua masalah pelajar .

4.4 Melaporkan kepada Guru Kelas / Ketua Panitia / Guru Besar jika terdapat kemerosotan pelajaran dikalangan pelajar untuk tindakan susulan .

4.5 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah .

SILA LEKATKAN GAMBAR ANDA DI SINI

BORANG PENDAFTARAN PELAJ

TAHUN : …………..

SILA TANDAKAN ( / ) INSTITUSI PENGAJIAN ANDA:-

( ) SEKOLAH RENDAH ISLAM AN-NUR

( ) MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT AN-NUR

SILA LAMPIRKAN BERSAMA :-

1 ) SALINAN SIJIL LAHIR/ KAD PENGENALAN

2 ) 2 KEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT

3 ) SALINAN SIJIL UPSR ( JIKA BERKENAAN)

4 ) SALINAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH

5 ) SALINAN KAD PENGENALAN IBU/ BAPA ATAU PENJAGA

DATA PERIBADI PELAJAR

1 ) NAMA PELAJAR : …………………………………………………..

2 ) NO.K/P : …………………………………………………….

3 ) ALAMAT PENUH : ……………………………………………………

………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

4 ) NO. SIJIL LAHIR : …………………………

5 ) JANTINA : …………………………

6 ) TARIKH LAHIR : ………………………… TEMPAT LAHIR : ……………………..

7 ) STATUS PELAJAR ( SILA TANDAKAN (X) DALAM KOTAK YANG BERKENAAN )

( ) ANAK YATIM ( ) YATIM PIATU

8 ) NO. TEL. (RUMAH) : …………………….

9 ) SEKOLAH TERDAHULU : ………………………………………………………….

DATA PERIBADI IBU/BAPA ATAU PENJAGA

1 ) NAMA IBU/ BAPA/PENJAGA : ……………………………………….

2 ) NO. K/P : ………………………………………………

3 ) PEKERJAAN : ……………………….. PENDAPATAN : ……………………….

4 ) ALAMAT MAJIKAN : ……………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

5 ) NO. TEL ( H/P ) : ……………………….. NO. TEL. ( R ) : …………………………

MAKLUMAT KELUARGA

MAKLUMAT KESIHATAN PELAJAR

BIL.

NAMA ANAK

UMUR

PEKERJAAN / PENDIDIKAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

1 ) UMUR : ………… BERAT : …………Kg.

2 ) TINGGI : ……………cm

3 ) JENIS PENYAKIT : ………………………

4 ) ALAHAN : ………………………………..

5 ) CATATAN : ………………………………

PENGAKUAN BERSETUJU ANAK/ JAGAAN :-

( ) Menjalani rawatan perubatan ( JIKA PERLU )

( ) Perkhidmatan kaunseling

( ) Memberi kerjasama, sokongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah

( ) Menghadirkan diri ke sekolah (jika perlu)

( ) Menjelaskan segala yuran yang dikenakan sepanjang pengajian anak di sekolah ini mengikut masa yang ditetapkan (PADA atau SEBELUM 7 hb SETIAP BULAN, BERMULA JANUARI hingga DISEMBER)

( ) Untuk berbincang dengan pihak sekolah sekiranya terjadi sesuatu yang di luar dugaan/ kemalangan atas anak saya/ jagaan saya sebelum mengambil apa-apa tindakan ( Legal Action)

( ) Bersedia menanggung segala ganti rugi jika anak kami adalah penyebab sebarang kerosakan asrama atau sekolah

AKUAN PELAJAR

Saya ………………………………………. dengan ini bersetuju kepada pihak sekolah untuk mendidik, mengasuh saya menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Saya akan patuh dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan sekiranya saya mengingkari segala

peraturan yang dinyatakan, saya bersedia diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah/ asrama terhadap saya.

Tandatangan Pelajar : …………………..

Tarikh : …………………..

AKUAN IBU/BAPA ATAU PENJAGA

Saya ………………………………………… Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar …………………… Dengan ini menyerahkan anak di bawah jagaan saya kepada pihak sekolah untuk dididik, diasuh menjadi insan yang berguna di masa hadapan. Saya akan patuh dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan saya akui semua butiran yang diisi oleh saya adalah benar.

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga: ……………….

Tarikh : ………………

PENASIHAT SRI AN-NUR:

YBRS Tuan Haji Yahya Othman

BIL

NAMA

JAWATAN

1.

Hj. Mohd Nordin bin Wan Adam

Pengerusi

2.

Pn. Salina Abd Kadir

Setiausaha

3.

Hj. Mohamed Ali bin Ibrahim

Penolong Setiausaha

4.

Hj. Mohd Rasul bin Muhammad

Bendahari

5.

Hj. Sabri bin Abdullah

A.J.K

6.

Wan Nik bin Wan Yusoff

A.J.K

7.

Hj. Nik Mohd Amin bin Nik Taib

A.J.K

8.

Dr. Jusoh bin Yaacob

A.J.K

9.

Wan Mohd Nor bin Kadir

A.J.K

10.

Hj. Ashaari bin Mohd Zain


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

December 2008
M T W T F S S
     
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Categories

Recent Comments

Blog Stats

  • 22,709 hits
%d bloggers like this: