Annurkb’s Blog

pengenalan An-nur

1-Sejarah Penubuhan SRI An-Nur.

Kompleks pendidikan Islam An-nur merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjalankan aktivitvi di bidang pendidikan Islam dan pengajian Al-Quran. Kedudukannya di kira strategik kerana terdapat berbagai kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan komunikasi, dan berhampiran dengan pusat kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat. Pada masa ini kompleks pendidikan Islam An-nur menawarkan pendidikan diperingkat sekolah rendah yang di namakan sekolah Rendah Islam An-nur atau ringkasnya SRI An –Nur dan peringkat PRA sekolah yang di beri nama Pusat Asuhan Tunas Islam An- Nur.

Di awal penubuhannya, kompleks pendidikan Islam An-nur dikenali sebagai institut An-nur yang mengadakan kursus-kursus PMR, SPM, STPM dan STU dalam bidang syariah dan usuluddin. Kursus-kursus tersebut di tawarkan kepada pelajar-pelajar yang telah terkandas dalam peperiksaan mereka.

Penerapan awal kanak-kanak kepada pendidikan Islam memainkan peranan yang penting kea rah pembentukkan insan mulia ynag berakidah Islam. Ia juga satu cara yang berkesan untuk menghindari dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti negativ yang terdapat dalam masyarakat. Di atas kesedaran inilah pihak pengurusan An-nur telah mengambil keputusan memperkenalkan pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah. Lantaran itu, pada tahun 1989 bermulalah Sekolah Rendah Islam yang di kenali dengan nama SRI An-nur atau An-nur sahaja. Kelas PRA sekolah di mulakan pada tahun 1996.

Kini Sri An-nur mempunyai bilangan murid melebihi 400 orang dengan 18 orang kakitangan akademik dan seorang pegawai kerani.

2-Falsafah Pendidikan dan Matlamat Penubuhan

Falsafah pendidikan SRI An-nur adalah seperti berikut:-

Penddikan Islam sebagaimana yang di terangkan dalam istilsh-istilsh ialah ta alim, tadib, irsyad dan tadris adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah , emosi dan jasmani berdasarkan ajaran islam.

Sementara matlamat penubuhan kompleks pendidkan An-Nur adalah:-

i. Menyediakan pendidikan bersepadu yang berteraskan Islam.

ii. Melahirkan generasi berilmu, beramal dan bertaqwa.

iii. Menjadikan benteng katahanan ummah bagi menghadapi cabaran-cabaran masa depan Islam.

3- Sistem Pendidikan Islam

Sistem pendidikan yang di amalkan di An-nur terdiri dari persepaduan diantara akademik dan dinniah matapelajaran akademik adalah mengikut silibus yang telah di terima pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sementara matapelajaran dinniah adalah mngikut silibus yang diterima pakai oleh Yayasan Islam kelantan (YIK) dengan penekanan kepada pendidikan Al-Quran. Dengan persepaduan dua sistem ini An-nur dijangka dapat melahirkan pelajar yang berilmu, beramal serta bertaqwa dan seterusnya melahirkan masyarakat yang beramal dengan cara hidup Islam.

Tahap persekolahan terbahagi kepada dua iaitu :-

i. Tahap 1 ; pelajar tahun-tahun 1, 2 dan 3

ii. Tahap 2 ; pelajar tahun-tahun 4, 5 dan 6

3.1 Masa pembelajaran bermula dari jam 7.50 pagi dan berakhir pada jam 2.40 petangdengan rehat, makan dan solat zohor secara berjemaah pada jam 1.00 – 2.00 petang. Pendidikan Al-Quran diajar pada jam 3.00 – 5.00 petang dengan mewajibkan pelajar solat Asar berjemaah sebelum mereka pulang. Masa mentelaah , solat berjemaah , kuliah agama dan aktiviti-aktiviti lain adalah mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pihak sekolah bagi pelajar-pelajar yang tinggal diasrama.

4-Keadaan Masa Kini

4.1 Pada masa ini SRI AN-NUR mempunyai sebuah bangunan yang sangat uzur (yang dijadikan pejabat dan musalla) , sebuah bangunan sementara (yang menempatkan 4 bilik darjah) dan sebuah bangunan baru (yang menempatkan 6 bilik darjah). Ada lagi satu bangunan lama yang uzur yang dijadikan asrama murid dan guru. Inilah gambaran kedhaifan Sekolah An-Nur dari segi fizikalnya.

4.2 Dengan berdasarkan fakta pada 6.1 diatas pihak sekolah sedang menilai dengan serius kekurangan bilik darjah (dengan pelajar yang kian meningkat) , ketiadaan pusat giat guru, makmal sains dan perpustakaan untuk kegiatan perkembangan murid. Semua ini perlu diatasi segera. Oleh itu bangunan baru perlu dibangunkan segera.

4.3 Pada masa ini SRI An-Nur mempunyai 18 orang guru dan seorang kerani. Guru-guru yang diambil mempunyai pelbagai kelayakan . diantara mereka ada yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, STPM, STU dan Diploma Tahfiz. Bagi mengawal mutu pengajaran, guru-guru dihanyar berkursus samada yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan atau anjuran pihak sekolah dengan kerjasama tenaga pengajar mahir dalam bidang pendidikan.

4.4 Selain dari masa belajar secara formal pelajar-pelajar SRI An-Nur diasuh dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada mereka baik dari segi akademik mahu pun diniah. Diantara aktiviti yang dijalankan bagi meneikkan taraf pencapaian akademik dan diniah termasuklah :

4.4.1. Mengadakan kelas tambahan untuk UPSR selalunya dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman.

4.4.2. Kelas pemulihan bagi pelajar lemah dalam setiap matapelajaran.

4.4.3. PRA tahfiz yang dikendalikan oleh guru tahfiz mahir.

Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, pencapaian akademik dan diniah pelajar SRI An-Nur adalah membanggakan.

4.5 Disamping akademik SRI An-Nur menekankan juga kegeiatan kokurikulaum seperti mengadakan usrah / qiamullai, perkhemahan ibadat, majlis ihtifal, khatam Al-Quran dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan pada musim cuti persekolahan. Kegiatan tersebut amat penting kepada pelajar dalam mempersiapkan diri mereka seperti kebolehan berkomunikasi, kebolehan menggunakan peralatan moden untuk tujuan dakwah dan sebagainya. Unsur-unsur tersebut merupakan senjata untuk menghadapi cabaran pendidikan di abad ke 21 nanti.

4.6 Sumber utama kewangan An-Nur pada masa ini ialah melalui yuran bulanan pelajar. Segala perbelanjaan pengurusan dan kebajikan diambil dari sumber yang terhad ini, yang menyebabkan segala perancangan peningkatan mutu pendidikan yang menyebabkan segalanya terbantut.

5. Perancangan Masa Depan

5.1 Memandangkan kedudukan Kompleks Pendidikan An-Nur yang berada ditengah bandar dimana pembangunan fizikal kian pesat, adalah amat memalukan kepada ummat Islam seluruhnya apabila bangunan sedia ada SRI An-Nur ini dibandingkan dengan bangunan – bangunan bersebelahan yang 100 % dimiliki oleh kaum bukan Islam. Untuk meningkatkan imej inilah pihak pengurusan An-Nur telah meluluskan plan-plan bangunan kompleks pendidikan An-Nur yang dijangka menelan belanja RM 3.0 Juta. Pembangunan ini akan dilaksanakan mengikut beberapa fasa tertakluk kepada sokongan padu ummat Islam seluruhnya.

5.2 Untuk menjayakan projek ini pihak sekolah menyeru penderma-penderma agar sama – sama menyelesaikan program pembangunan berikut :

5.2.1 Tanah : Baki RM 200,000.00 mestilah dijelaskan segera.

5.2.2 Fasa Pertama : Asrama 4 tingkat dengan kos pembinaan RM

800, 000.00 (untuk menampung pelajar luar yang banyak berhijrah ke Kelantan akhir-akhir ini. Peringkat permulaan sebahagiannya akan digunakan sebagai bilik darjah).

5.2.3 Fasa Kedua : Bangunan sekolah 4 tingkat dengan jumlah 24

bilik, dengan kos pembangunan dianggarkan RM 1.2 juta.

5.2.4 Fasa Ketiga : Bangunan 5 tingkat untuk Masjid, Pusat Sumber /

Perpustakaan dan Dewan Seminar dengan kos pembinaan dianggarkan RM 1.5 juta.

5.2.5 Fasa Keempat : Rumah Kedai 5 unit X 2 tingkat dengan kos

pembinaan dianggarkan sebanyak RM 600,000.00 (untuk sewaan bagi menjamin hasil pendapatan tetap dan berterusan kepada sekolah).

WAWASAN SRI AN-NUR KOTA BHARU KELANTAN

Ø Dengan menitik beratkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah dan Rasul serta sedar akan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan kesepaduan amalan dan konsistan serta kerjasama kesejawatan di harapkan Sri An-Nur akan menghayatinya.

MISI SRI AN-NUR

Ø Dalam melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa, berpengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia. Semoga warga Sri-An-Nur Kota Bharu peelu memberi komitmen total dalam proses pendidikan dan persekitaran yang kondusif.

Ø Warga Sri An-Nur berusaha menyediakan ilmu, amal dan akhlak yang sebaik mungkin.

VISI SRI AN-NUR

Ø Untuk menjadikan Sri An-Nur sebagai sekolah contoh dalam kecemerlangan akhlak dan akademik serta murid dapat menghayati perintah Allah. Murid-murid berdaya tekun ini akan menghadapi era globalisasi. Diakhir persinagan ini murid-murid dapat menilai baik buruk menurut hokum agama.

MOTTO SRI AN-NUR

“BERILMU,BERAMAL,BERTAQWA ”

  1. Jumlah Tenaga Pengajar

19 orang

2 orang pentadbiran , Pekerja Am

  1. Jumlah Pelajar

250 orang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

December 2016
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Categories

Recent Comments

Blog Stats

  • 22,709 hits
%d bloggers like this: